24 Januari 2016 : Bertempat di Dewan Seri Gemilang, majlis ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Encik Azran Bin Deraman, Pengarah MITI Wilayah Timur. Semua pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah membaca ikrar yang dipimpin oleh Ketua Pengawas SKCM iaitu adik Wan Nur Aisyah Syamimi dan saksikan oleh semua murid dan guru. Lafaz ikrar untuk menjalankan tugas dengan penuh disiplin, bertanggungjawab dan amanah itu diucapkan dengan penuh padu dan bersemangat.
Encik Azran di dalam ucapannya telah mengingatkan semua pemimpin kecil agar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan. Murid-murid juga dinasihatkan agar belajar bersungguh-sungguh kerana hanya murid yang berjaya dalam pelajaran sahaja bakal menjadi pemimpin yang berkesan.
Majlis ini telah dipengerusikan oleh Cikgu MZM Adha Bin Ibrahim, Guru Cemerlang SKCM. Beliau berharap agar para Pemimpin Kecil SKCM akan menjadi pemimpin besar di masa hadapan dan akan menabuh jasa kepada bangsa dan negara.