Sunday, 4 September 2016

MAJLIS RESTU ILMU MURID TAHUN 6 SEMPENA UPSR 2016

4 September 2016 : Sudah menjadi acara rasmi sekolah, apabila menjelangnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) maka murid-murid tahun 6 akan diraikan dalam satu majlis yang disebut sebagai Majlis Restu Ilmu. Majlis yang turut dihadiri oleh sebilangan ibubapa kepada calon UPSR SK Chicha Menyabong ini diadakan dalam suasana penuh harmoni. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Azman turut diserikan dengan ucapan wakil murid, ucapan wakil guru oleh Cikgu Basri, ucapan Guru Besar En. Ab Aziz Abdullah, acara suapan pulut kuning dan acara murid Tahun 6 bersalaman dengan guru-guru dan ibubapa. Gimik ringkas Majlis Restu Ilmu tahun ini turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Cikgu Zuwairimuzri Adha, tayangan motivasi, nyanyian lagu bertajuk Restu Kejayaanmu oleh Ustaz Zahidan dan acara menyarungkan selendang kepada murid-murid target 6A UPSR SK Chicha Menyabong.
blogger

No comments:

Post a Comment