Tuesday, 20 September 2016

WORLD RUGBY LEVEL 2 COACH COURSE : TAHNIAH CIKGU ADHA

Bertempat di Cobra Rugby Club Petaling Jaya, telah diadakan Kursus Kejurulatihan Ragbi Antarabangsa (World Rugby Level 2 Coach Course). 15 warga bumiputera telah terpilih untuk mengikuti kursus tersebut dan guru SK Chicha Menyabong iaitu En. Zuwairimuzri Adha adalah salah seorang yang layak dan tersenarai. Kursus tersebut diadakan selama 5 hari iaitu bermula 13 September 2016 dan berakhir pada 17 September 2016. Semoga pengalaman baru yang diperolehi ini dapat meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian Sukan Ragbi SKCM. Tahniah dan Syabas!

En. Adha (duduk 2 dari kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian peserta kursus yang terdiri dari kalangan warga asing pelbagai negara dan juga warga tempatan

Sijil yang diterima
blogger

No comments:

Post a Comment