Sunday, 4 September 2016

MAJLIS RESTU ILMU MURID TAHUN 6 SEMPENA UPSR 2016

4 September 2016 : Sudah menjadi acara rasmi sekolah, apabila menjelangnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) maka murid-murid tahun 6 akan diraikan dalam satu majlis yang disebut sebagai Majlis Restu Ilmu. Majlis yang turut dihadiri oleh sebilangan ibubapa kepada calon UPSR SK Chicha Menyabong ini diadakan dalam suasana penuh harmoni. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Azman turut diserikan dengan ucapan wakil murid, ucapan wakil guru oleh Cikgu Basri, ucapan Guru Besar En. Ab Aziz Abdullah, acara suapan pulut kuning dan acara murid Tahun 6 bersalaman dengan guru-guru dan ibubapa. Gimik ringkas Majlis Restu Ilmu tahun ini turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Cikgu Zuwairimuzri Adha, tayangan motivasi, nyanyian lagu bertajuk Restu Kejayaanmu oleh Ustaz Zahidan dan acara menyarungkan selendang kepada murid-murid target 6A UPSR SK Chicha Menyabong.
Read More »
blogger

Wednesday, 24 August 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAPM 2016

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

    Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

Read More »
blogger

Monday, 25 July 2016

KEJAYAAN SKCM: RAGBI TEMPAT KETIGA MSSK 2016

TANGGAL 23 DAN 24 Julai, bertempat di SMK Jeli 1 telah berlangsung Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Kelantan. Murid SKCM seramai 7 orang yang mewakili QIT Kota Jembal dan juga MSSD Kota Bharu Utara sekali lagi mencipta sejarah apabila muncul pemenang pingat GANGSA atau Tempat ke–3 Peringkat Negeri Kelantan. SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan. 

Murid SKCM diwakilioleh:
MUHAMAD AQIL BIN MD ZAMARI – 6C
CHE MUHAMMAD SHAFI DANIEL BIN CHE MOHD NAZLI – 6C
MUHAMMAD AZIEM BIN ABDUL HADI – 6C
HANIF IQBAL BIN HAMDAN – 6C
FARED REDZWAN BIN OTHMAN – 6P
MUHAMMAD DANISH HAIQAL BIN ISNORHADI AMRI – 5P
MUHAMMAD DANIEL ADAM BIN SALLEH – 5P

MUHAMAD AQIL dan MUHAMMAD ADAM terpilih mewakili KELANTAN ke peringkat KEBANGSAAN
 
Muncul Tempat Ke 3 Kejohanan Ragbi MSSK


Murid SKCM seramai 7 orang bergambar bersama Medal Tempat Ke–3 dan Sijil Penghargaan MSSK

 KBS/KBU bergambar bersama pegawai MSSK /jurulatih
Read More »
blogger

Wednesday, 11 May 2016

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBUBAPA DAN GURU SKCM 2016















Read More »
blogger

Monday, 25 April 2016

PROGRAM JOM MEMBACA SKCM 2016






Read More »
blogger

Sunday, 24 January 2016

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2016

24 Januari 2016 : Bertempat di Dewan Seri Gemilang, majlis ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Encik Azran Bin Deraman, Pengarah MITI Wilayah Timur. Semua pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah membaca ikrar yang dipimpin oleh Ketua Pengawas SKCM iaitu adik Wan Nur Aisyah Syamimi dan saksikan oleh semua murid dan guru. Lafaz ikrar untuk menjalankan tugas dengan penuh disiplin, bertanggungjawab dan amanah itu diucapkan dengan penuh padu dan bersemangat.
Encik Azran di dalam ucapannya telah mengingatkan semua pemimpin kecil agar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan. Murid-murid juga dinasihatkan agar belajar bersungguh-sungguh kerana hanya murid yang berjaya dalam pelajaran sahaja bakal menjadi pemimpin yang berkesan.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Cikgu MZM Adha Bin Ibrahim, Guru Cemerlang SKCM. Beliau berharap agar para Pemimpin Kecil SKCM akan menjadi pemimpin besar di masa hadapan dan akan menabuh jasa kepada bangsa dan negara.


















Read More »
blogger