Monday, 25 July 2016

KEJAYAAN SKCM: RAGBI TEMPAT KETIGA MSSK 2016

TANGGAL 23 DAN 24 Julai, bertempat di SMK Jeli 1 telah berlangsung Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Kelantan. Murid SKCM seramai 7 orang yang mewakili QIT Kota Jembal dan juga MSSD Kota Bharu Utara sekali lagi mencipta sejarah apabila muncul pemenang pingat GANGSA atau Tempat ke–3 Peringkat Negeri Kelantan. SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan. 

Murid SKCM diwakilioleh:
MUHAMAD AQIL BIN MD ZAMARI – 6C
CHE MUHAMMAD SHAFI DANIEL BIN CHE MOHD NAZLI – 6C
MUHAMMAD AZIEM BIN ABDUL HADI – 6C
HANIF IQBAL BIN HAMDAN – 6C
FARED REDZWAN BIN OTHMAN – 6P
MUHAMMAD DANISH HAIQAL BIN ISNORHADI AMRI – 5P
MUHAMMAD DANIEL ADAM BIN SALLEH – 5P

MUHAMAD AQIL dan MUHAMMAD ADAM terpilih mewakili KELANTAN ke peringkat KEBANGSAAN
 
Muncul Tempat Ke 3 Kejohanan Ragbi MSSK


Murid SKCM seramai 7 orang bergambar bersama Medal Tempat Ke–3 dan Sijil Penghargaan MSSK

 KBS/KBU bergambar bersama pegawai MSSK /jurulatih
Read More »
blogger

Wednesday, 11 May 2016

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBUBAPA DAN GURU SKCM 2016















Read More »
blogger

Monday, 25 April 2016

PROGRAM JOM MEMBACA SKCM 2016






Read More »
blogger

Sunday, 24 January 2016

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2016

24 Januari 2016 : Bertempat di Dewan Seri Gemilang, majlis ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Encik Azran Bin Deraman, Pengarah MITI Wilayah Timur. Semua pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah membaca ikrar yang dipimpin oleh Ketua Pengawas SKCM iaitu adik Wan Nur Aisyah Syamimi dan saksikan oleh semua murid dan guru. Lafaz ikrar untuk menjalankan tugas dengan penuh disiplin, bertanggungjawab dan amanah itu diucapkan dengan penuh padu dan bersemangat.
Encik Azran di dalam ucapannya telah mengingatkan semua pemimpin kecil agar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan. Murid-murid juga dinasihatkan agar belajar bersungguh-sungguh kerana hanya murid yang berjaya dalam pelajaran sahaja bakal menjadi pemimpin yang berkesan.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Cikgu MZM Adha Bin Ibrahim, Guru Cemerlang SKCM. Beliau berharap agar para Pemimpin Kecil SKCM akan menjadi pemimpin besar di masa hadapan dan akan menabuh jasa kepada bangsa dan negara.


















Read More »
blogger

Monday, 30 November 2015

KEJAYAAN SKCM: TEMPAT KETIGA KEJOHANAN HOKI PEMBANGUNAN B 11 PEREMPUAN MSSK 2015

November 2015: Bertempat di Stadium Hoki Kijang Emas, Pasir Mas, tercipta sejarah baru SKCM apabila pasukan hoki perempuan, CM TIGERS telah dapat melayakkan diri ke Peringkat Negeri Kelantan bagi Kejohanan Hoki Bawah 11 Tahun. Penyertaan kali kedua ini berakhir dengan kejayaan apabila muncul sebagai pemenang Pingat Gangsa dan telah meletakkan kedudukan sebaris dengan pasukan handalan lain di Kelantan. SYABAS DAN TAHNIAH! Pastikan CM TIGERS akan lebih "mengaum" pada masa akan datang.




Read More »
blogger

Sunday, 1 March 2015

KEJAYAAN SKCM: TEMPAT KETIGA KEJOHANAN RAGBI MSSK 2015

Bertempat di SK Padang Mokan, Kota Bharu, murid SK Chicha Menyabong dan SK Kubang Kerian 1 telah mewakili Kota Bharu Utara dalam Kejohanan Ragbi MSSK 2015. Persembahan yang mantap, persaingan yang hebat, akhirnya wakil dari KB Utara ini dapat meraih tempat KETIGA
. Barisan pemain SKCM yang terpilih: Shahrul Hakimi (6C), Muazaiman (6C), Shafi Danial (5C), Faris (6P), Zuhdifadhli (6C), Aqil (5C) dan Aziem (5C)
Tahniah pemain-pemain Ragbi SKCM yang mewakili KB Utara dlm Kejohanan Ragbi MSSK. Dua  orang Pemain SKCM terpilih utk mewakili KELANTAN dlm Kejohanan MSSM yg akan diadakan di Selangor nanti.





Read More »
blogger

Wednesday, 25 February 2015

KEJAYAAN SKCM: NAIB JOHAN RAGBI MSSD KOTA BHARU 2015

SKCM CAN DO IT! Itulah laungan keramat yang membakar semangat kerdil ini untuk menempa kejayaan dalam setiap aktiviti pertandingan yang sertai mereka.
Barisan pemain: Shahrul Hakimi, Muazaiman, Shafi Daniel, Faris, Zuhdifadhli, Khairel Azmie, Danish Haiqal, Aqil, Al-Hafiz, Aiman Shahrul, , Dinie Aiman
Barisan Guru: Puan Roziha (PK Kokurikulum SKCM), En. MZM Adha, En. Shafawi, En. Nik Azhar dan En. Mohd Fauzi
Read More »
blogger

Thursday, 15 January 2015

KEJAYAAN SKCM: MURID 5A 2014 UNGGUL DALAM BIDANG SUKAN

Tuah ayam nampak di kaki, tuah insan pada kecemerlangan dan bakat yang ada. Siapa sangka, murid-murid SKCM yang cemerlang dalam akademik juga merupakan IDOLA SUKAN sekolah. Barisan murid yang cemerlang 5A ini pernah mengharumkan nama SKCM dalam bidang sukan yang mereka ceburi:
  • Ragbi MSSK : Aiman Shahrul Hazim, Rais Haikal, Iskandar, Ameer Asyraf
  • Sepak Takraw dan Hoki : Alif Azrain, Muhammad Aqram
  • Hoki MSSK dan Bola Baling MSSK : Nur Auni Atiqah, Siti Aina Zulaikha, Nazuin Ayunie
TAHNIAH DAN SYABAS !
Read More »
blogger